Tuesday, May 31, 2011

Hala Tuju Selepas SPM.

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.


Dah lama juga la aku tak update blog kan? Semua disebabkan kekangan masa dan juga hal-hal lain yang menuntut penyelesaian. Tapi alhamdulillah hari ini dapat juga aku mengemas kini cerita cendawan ni kan. Hehehe :D

Beberapa bulan lepas, aku menerima keputusan SPM aku. Cukuplah aku katakan di sini yang keputusan aku dapat melayakkan aku mendapat beberapa tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat yang seterusnya. Antara tawaran yang aku peroleh:

1. Management & Science University (MSU)
    -tawaran ini aku dapat pada pagi aku ingin mengambil result SPM aku.
2. UniKL
3. KLMU
4. Kolej Matrikulasi Melaka
5. Kolej PolyTech MARA
6. Diploma in Science di UiTM Kuala Pilah
7. MBBS di Universiti Al-Azhar, Mesir.
    -actually nama dia bukan MBBS taw tapi aku tak ingat nama dia apa.tempat lain orang panggil MBBS la.

Jadi itu sahaja la tawaran yang aku dapat. Alhamdulillah jugak la. Ada la offer daripada langsung tak ada kan. Aku mengambil beberapa hari itu memilih institusi pendidikan yang terbaik untuk aku. Doa memohon petunjuk daripada Allah aku perbanyakkan.

Akhirnya aku memilih Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Aku kini sedang menuntut di sini selama setahun dalam jurusan sains dan mengambil Modul III yang mengandungi subjek Biology, Chemistry, Mathematics dan Science Computer sebagai subjek teras. Ada 4 lagi subjek wajib yang perlu dipelajari iaitu English, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Dinamika (softskill) dan juga Kokurikulum.

Perancangan aku ialah ingin menamatkan Program Matrikulasi ini dalam masa satu tahun seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di peringkat ijazah. Kalau boleh nak jadi O&G specialist. Doakan aku berjaya ye :)

Monday, May 02, 2011

Pemandu Teksi Kuala Lumpur I

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.


Ok you see the title of this post? Haa..ambik kau. Aku spesifik kan lagi tu pemandu teksi dekat mana. Fuhh aku memang tengah bengang sangat sangat sangat dengan golongan yang aku sebut tadi. Cerita yang aku nak tulis ni memang betul betul terjadi dekat aku. Nasib la lepas ni ada yang nak saman ke apa. Aku memang tengah bengang okay dengan taxi driver dekat KL ni.

Macam ni cerita nya. Kita mula dengan yang panas dulu ea? Maksud aku cerita yang baru berlaku. Tadi aku habis kerja pukul 4 petang. Tapi aku stay dekat muzium dulu untuk solat. Disebabkan customer agak ramai hari ni jadi aku hanya berkesempatan solat zohor pada pukul 4 tadi. Alang-alang dah lambat jadi aku solat Asar la sekali. Lepas tu aku tengok hari dah mula nak gelap. Aku pon cepat-cepat bergerak ke KL Sentral lah kan. Nanti kalau lambat kuyup la aku.

Sampai dekat KL Sentral aku cepat-cepat beli tiket LRT. Kad Touch 'n Go aku dah takde kredit. Semua nak cepat-cepat sebab takot hujan nanti. Yang malangnya bila aku sampai KL Sentral tu baru aku sedar yang bateri phone aku dah habis. Pagi tadi sebelum pergi kerja memang tak sempat charge sampai penuh. Walaupun aku tak lunch lagi, aku tahankan je rasa lapar tu. Ni semua sebab tak nak redah hujan.

Tengah aku sedap sedap baca komik Lawak Kampus yang aku baru beli dekat Pesta Buku Antarabangsa hari tu, tiba-tiba aku nampak tingkap LRT dah basah. Masa tu dekat stesen Damai. Aku dah fikir "Haa..sudah! Macam mana aku nak balik rumah nanti.."

Dah la bateri phone dah habis kan. Fuhhh~ memang habis la aku. Nak suruh ayah jemput memang xlah kan. Bateri iPhone dah habis! That's the main problem okay. Hujan sebenarnya tak menjadi masalah pon. Gggrrr introduction aku panjang gila siak!

Okay bila dah sampai Setiawangsa hujan memang dah lebat sangat. Dekat situ memang ada public phone seingat aku. Ingatan aku memang tak salah tapi masalahnya public phone tu dah tak boleh guna okay! Gggrrr..bengang dah. Aku pon tunggu je dekat stesen tu kononnya ada orang nak pick up aku dekat situ la kan. Konon! Haa lupa pula nak habaq. Hari ni kan customer sangat ramai dan most of the customers aku yang train dan aku jugak yang guide. Dah la panas terik kan. Memang penat wey wa cakap lu.

Haa tadi sambung yang dekat stesen Setiawangsa tu. Bila dah lama sangat tunggu aku decide nak naik je teksi. (punya lama cerita ni baru nak masuk part teksi) Aku ingat nak naik teksi yang Saga baru tu sekali dah ada orang yang ambik. So at last aku dapat naik teksi Wira je. Hermm..nasib!

Naik naik je taxi aku pon bagitaw driver tu "Encik tolong hantar saya dekat Taman Kermat Permai ok." Aku rasa aku cakap elok je. Tak rude pon tapi dia tak kata ok pon. Hermm..lantak! Teksi bergerak. Hujan masih lebat. Bila dah nak sampai simpang rumah aku, aku suruh la dia belok kiri. Sekali ada canopy pulak. Aku lupa yang jiran aku ada buat kenduri. Lepas tu dia tanya "Haa ni sekarang macam mana?" Aku pon  suruh dia keluar then masuk lorong lain. Tapi ini yang dia balas "tak boleh ke turun lepas tu jalan kaki dari sini? Jauh ke?" Aku cepat cepat balas "Aah jauh."

Eyh hello pemandu teksi wira warna oren yang aku xtaw namanya, aku naik teksi ni sebab xnak kena hujan! Kalau hujan nanti aku demam aku sakit aku x boleh kerja! Kalau aku x kerja kau nak bayar gaji aku?! Tak kan?! Kau x boleh ke ikot je apa aku cakap?! Aku bayar ok! Bukan aku naik FREE! Kalau kau suruh aku jalan kaki lebih baik aku jalan kaki je dari stesen Setiawangsa tadi!

Haa ambik kau. Semua ayat aku dekat perenggan atas ada exclamation mark. Itu tandanya aku tengah bengang giler dengan driver teksi tu. Eh jap. Cerita tak habis dekat situ. Aku makin bengang gila babas bila dia cakap macam ni dekat aku "Awak la penumpang saya yang paling pelik!"

Hati aku membentak "Hoii pakcik drebar teksi, suka hati aku lah nak pelik ke apa. Aku naik teksi kau ni aku bayar ok. Bodoh! Suka hati mak bapak kau je kau kata aku pelik kan"
Ok itu apa yang hati aku aku cakap. Aku tak luahkan dekat dia. Nanti nampak macam aku ni rude gila babas kan. Aku just hempas pintu teksi oren dia tu kuat kuat. Haha padan muka. Aku harap kau taw aku bengang dengan kau, pakcik teksi!

Oh ya. Dia cakap aku pelik bila aku mintak tolong dia hon depa rumah aku. Kalau aku turun nanti aku kena hujan tu paham? Aku memang taknak kena hujan. Ya, memang rumah aku ada bell. Tapi memang take tine la kan nak tunggu abang aku buka gate. Hisyhh serius aku marah sangat dengan dia.

Tengah bengang bengang tadi mana la aku ingat nak ambik nombor plat dia ke, nak ambik nama dia ke..Memang totally lupa. Yang aku taw dia xde rambut sangat. Kalau aku ambik no plat dia boleh aku bawak pergi bomoh then santau santau dia ke apa ke..Hahahahahahaha *evil laugh*

Haha i'm not that bad ok. Paling paling pon aku pergi report dekat LPKP je. Bye bye pakcik drebar teksi wira warna oren. Taknak aku naik teksi kau lagi. Aku akan pastikan phone hitam aku tu ada cukup bateri untuk aku call siapa siapa bila aku tengah dalam kecemasan.

Ok aku dah lapar. Nak pergi minum sekarang.

p/s : Aku taip sangat laju sebab aku tengah marah. Gggrrr!

p/s/s : Kalau aku rajin memang akan ada cerita Pemandu Teksi Kuala Lumpur part II.