Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.
# Sebenarnya tadi aku tiba-tiba teringat momen-momen masa dekat maktab dulu. Kalau malam jumaat macam ini, mesti ada bacaan yassin dekat surau.
#
Mandi seawal pukul 6:15 pm. Awal la tu..kalau dekat rumah xde nya mandi awal macam tu. Harapan!
# Lepas mandi, pakai baju kurung, tudung semua. Aku kalau bersiap memang lama. Tanya la kawan-kawan aku especially Balqis dan Katt. Diorg memang masak dah dengan perangai aku yang satu ni.
# Kalau Dewan Selera masak sedap, siap cepat-cepat sebab nak pergi makan. Kalau tak, LDP jerit "clear block!" baru sibuk-sibuk nak siap.
# Pergi surau tak pakai stoking sebab tak wajib.
# Masa baca yassin, kalau tak kuat iman memang boleh tumbang. Err..i mean tertido lah. Aku selalu jugak kena celak setan ni. Tapi kalau nak elak ngantok aku baca kuat-kuat. Berkesan kot.
# Aku suka tido. Bukan suka sebenarnya tapi selalu. Orang tengah bagi tazkirah pon aku tido taw. Kalau tak tido between Maghrib dengan Isyaa' tu nanti waktu prep mesti aku ngantok. Mula la tak siap homework. Hahaha alasan!
# Cikgu kimia aku ada cakap, daripada kau bersembang time orang bagi tazkirah lebih baik kau tidur. At least kau tak kacau orang. Haa..xdela dosa. Kalau kau bersembang hal dunia dalam surau, berdosa taw.
|
kalau tak nak tido boleh tangkap gambar macam kitorg :) |
# Nanti lepas habis solat Isyaa' semua budak perempuan mula duduk dekat port masing-masing, start make up. Ada yang make up macam opera cina padahal nak pergi prep je. hahaha hello! Apa la korang ni.
|
hello Katt :) Kawasan belakang ni port Form 5. |
|
Mereka gila gambar :) |
# Lepas tu mulut masing-masing potpet potpet tak reti senyap padahal still duduk dalam surau tu. Lepas tu macam-macam haruman yang dapat aku hidu. Ada yang pakai Adidas, ada Silkygirl, ada DKNY, ada Body Shop dan x kurang jugak minyak wangi cap ayam! kahkahkah...
# Kasut masing-masing xnak kalah kan. Ada yang liplap liplap macam lampu raya. hehe.. Aku pakai sandal simple, murah je. Haa..aku paling benci kalau ada kasut/sandal yang sama dengan orang lain. Selama aku sekolah, ada sekali jela sandal aku sama dengan orang lepas tu tertukar. Oh memang damn ah. Sebab tu aku tak suka sama barang dengan orang.
# Ok dah. Lepas tu pergi prep.
|
Ok Fifa rajin buat homework. Haha :) | | |
|
|
hello Noer :) Muka habis pailang la tu? |
|
Lepas habis prep tangkap gambar lagi :) Muka semua macam ayu. |
|
Ok dah tak ayu. |
p/s: Suddenly i miss Nasi Goreng Ayam cafe :p Dah terbayang-bayang ni haa..