Saturday, June 25, 2011

Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej

Assalamualikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.

Minggu ni aku sedikit sibuk. Minggu lain pon sebenarnya sibuk. Hidup kat matrik jarang dapat lepak-lepak, meronggeng ronggeng apatah lagi bergolek-golek buat kuak lentang atas katil. Haha. Tipu. Sebenarnya boleh je nak buat semua tu. Tapi kalau tak siap assignment lagi jangan nak mengada la kan. Kalau nak jugak, tanggung sendiri akibat dia.

Okay. Minggu ni aku sibuk sebab minggu ni merupakan Minggu Pilihan Raya bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 untuk Kolej Matrikulasi Melaka. Eh jangan salah sangka. Aku tak masuk bertanding pon. Tak layak rasanya. Berat whoa!

Makanya aku bercadang nak menjadi SPRK. Tugasnya menguruskan pilihanraya. Dari awal masuk KMM lagi aku memang dah bercadang nak jadi SPR. Dan alhamdulillah aku terpilih. SPR semua ada 95 org. Jumlah ni adalah dr 300 lebih yg memohon. Huhu. Kira hebat jugak la kan terpilih.

Sekarang ni kitorg baru lepas kira undi. Best! Ni first experience jadi SPR. Kat MRSM dulu x berpeluang nak jadi. Lepas kira undi kitorg di bagi makan FREE! Oh yeah. Jimat duit makan hari ni. Bagos bukan? Dah la nanti dapat markah utk koQ, dapat sijil. Haha kantoi tak ikhlas!

Tuesday, May 31, 2011

Hala Tuju Selepas SPM.

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.


Dah lama juga la aku tak update blog kan? Semua disebabkan kekangan masa dan juga hal-hal lain yang menuntut penyelesaian. Tapi alhamdulillah hari ini dapat juga aku mengemas kini cerita cendawan ni kan. Hehehe :D

Beberapa bulan lepas, aku menerima keputusan SPM aku. Cukuplah aku katakan di sini yang keputusan aku dapat melayakkan aku mendapat beberapa tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat yang seterusnya. Antara tawaran yang aku peroleh:

1. Management & Science University (MSU)
    -tawaran ini aku dapat pada pagi aku ingin mengambil result SPM aku.
2. UniKL
3. KLMU
4. Kolej Matrikulasi Melaka
5. Kolej PolyTech MARA
6. Diploma in Science di UiTM Kuala Pilah
7. MBBS di Universiti Al-Azhar, Mesir.
    -actually nama dia bukan MBBS taw tapi aku tak ingat nama dia apa.tempat lain orang panggil MBBS la.

Jadi itu sahaja la tawaran yang aku dapat. Alhamdulillah jugak la. Ada la offer daripada langsung tak ada kan. Aku mengambil beberapa hari itu memilih institusi pendidikan yang terbaik untuk aku. Doa memohon petunjuk daripada Allah aku perbanyakkan.

Akhirnya aku memilih Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Aku kini sedang menuntut di sini selama setahun dalam jurusan sains dan mengambil Modul III yang mengandungi subjek Biology, Chemistry, Mathematics dan Science Computer sebagai subjek teras. Ada 4 lagi subjek wajib yang perlu dipelajari iaitu English, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Dinamika (softskill) dan juga Kokurikulum.

Perancangan aku ialah ingin menamatkan Program Matrikulasi ini dalam masa satu tahun seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di peringkat ijazah. Kalau boleh nak jadi O&G specialist. Doakan aku berjaya ye :)

Monday, May 02, 2011

Pemandu Teksi Kuala Lumpur I

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.


Ok you see the title of this post? Haa..ambik kau. Aku spesifik kan lagi tu pemandu teksi dekat mana. Fuhh aku memang tengah bengang sangat sangat sangat dengan golongan yang aku sebut tadi. Cerita yang aku nak tulis ni memang betul betul terjadi dekat aku. Nasib la lepas ni ada yang nak saman ke apa. Aku memang tengah bengang okay dengan taxi driver dekat KL ni.

Macam ni cerita nya. Kita mula dengan yang panas dulu ea? Maksud aku cerita yang baru berlaku. Tadi aku habis kerja pukul 4 petang. Tapi aku stay dekat muzium dulu untuk solat. Disebabkan customer agak ramai hari ni jadi aku hanya berkesempatan solat zohor pada pukul 4 tadi. Alang-alang dah lambat jadi aku solat Asar la sekali. Lepas tu aku tengok hari dah mula nak gelap. Aku pon cepat-cepat bergerak ke KL Sentral lah kan. Nanti kalau lambat kuyup la aku.

Sampai dekat KL Sentral aku cepat-cepat beli tiket LRT. Kad Touch 'n Go aku dah takde kredit. Semua nak cepat-cepat sebab takot hujan nanti. Yang malangnya bila aku sampai KL Sentral tu baru aku sedar yang bateri phone aku dah habis. Pagi tadi sebelum pergi kerja memang tak sempat charge sampai penuh. Walaupun aku tak lunch lagi, aku tahankan je rasa lapar tu. Ni semua sebab tak nak redah hujan.

Tengah aku sedap sedap baca komik Lawak Kampus yang aku baru beli dekat Pesta Buku Antarabangsa hari tu, tiba-tiba aku nampak tingkap LRT dah basah. Masa tu dekat stesen Damai. Aku dah fikir "Haa..sudah! Macam mana aku nak balik rumah nanti.."

Dah la bateri phone dah habis kan. Fuhhh~ memang habis la aku. Nak suruh ayah jemput memang xlah kan. Bateri iPhone dah habis! That's the main problem okay. Hujan sebenarnya tak menjadi masalah pon. Gggrrr introduction aku panjang gila siak!

Okay bila dah sampai Setiawangsa hujan memang dah lebat sangat. Dekat situ memang ada public phone seingat aku. Ingatan aku memang tak salah tapi masalahnya public phone tu dah tak boleh guna okay! Gggrrr..bengang dah. Aku pon tunggu je dekat stesen tu kononnya ada orang nak pick up aku dekat situ la kan. Konon! Haa lupa pula nak habaq. Hari ni kan customer sangat ramai dan most of the customers aku yang train dan aku jugak yang guide. Dah la panas terik kan. Memang penat wey wa cakap lu.

Haa tadi sambung yang dekat stesen Setiawangsa tu. Bila dah lama sangat tunggu aku decide nak naik je teksi. (punya lama cerita ni baru nak masuk part teksi) Aku ingat nak naik teksi yang Saga baru tu sekali dah ada orang yang ambik. So at last aku dapat naik teksi Wira je. Hermm..nasib!

Naik naik je taxi aku pon bagitaw driver tu "Encik tolong hantar saya dekat Taman Kermat Permai ok." Aku rasa aku cakap elok je. Tak rude pon tapi dia tak kata ok pon. Hermm..lantak! Teksi bergerak. Hujan masih lebat. Bila dah nak sampai simpang rumah aku, aku suruh la dia belok kiri. Sekali ada canopy pulak. Aku lupa yang jiran aku ada buat kenduri. Lepas tu dia tanya "Haa ni sekarang macam mana?" Aku pon  suruh dia keluar then masuk lorong lain. Tapi ini yang dia balas "tak boleh ke turun lepas tu jalan kaki dari sini? Jauh ke?" Aku cepat cepat balas "Aah jauh."

Eyh hello pemandu teksi wira warna oren yang aku xtaw namanya, aku naik teksi ni sebab xnak kena hujan! Kalau hujan nanti aku demam aku sakit aku x boleh kerja! Kalau aku x kerja kau nak bayar gaji aku?! Tak kan?! Kau x boleh ke ikot je apa aku cakap?! Aku bayar ok! Bukan aku naik FREE! Kalau kau suruh aku jalan kaki lebih baik aku jalan kaki je dari stesen Setiawangsa tadi!

Haa ambik kau. Semua ayat aku dekat perenggan atas ada exclamation mark. Itu tandanya aku tengah bengang giler dengan driver teksi tu. Eh jap. Cerita tak habis dekat situ. Aku makin bengang gila babas bila dia cakap macam ni dekat aku "Awak la penumpang saya yang paling pelik!"

Hati aku membentak "Hoii pakcik drebar teksi, suka hati aku lah nak pelik ke apa. Aku naik teksi kau ni aku bayar ok. Bodoh! Suka hati mak bapak kau je kau kata aku pelik kan"
Ok itu apa yang hati aku aku cakap. Aku tak luahkan dekat dia. Nanti nampak macam aku ni rude gila babas kan. Aku just hempas pintu teksi oren dia tu kuat kuat. Haha padan muka. Aku harap kau taw aku bengang dengan kau, pakcik teksi!

Oh ya. Dia cakap aku pelik bila aku mintak tolong dia hon depa rumah aku. Kalau aku turun nanti aku kena hujan tu paham? Aku memang taknak kena hujan. Ya, memang rumah aku ada bell. Tapi memang take tine la kan nak tunggu abang aku buka gate. Hisyhh serius aku marah sangat dengan dia.

Tengah bengang bengang tadi mana la aku ingat nak ambik nombor plat dia ke, nak ambik nama dia ke..Memang totally lupa. Yang aku taw dia xde rambut sangat. Kalau aku ambik no plat dia boleh aku bawak pergi bomoh then santau santau dia ke apa ke..Hahahahahahaha *evil laugh*

Haha i'm not that bad ok. Paling paling pon aku pergi report dekat LPKP je. Bye bye pakcik drebar teksi wira warna oren. Taknak aku naik teksi kau lagi. Aku akan pastikan phone hitam aku tu ada cukup bateri untuk aku call siapa siapa bila aku tengah dalam kecemasan.

Ok aku dah lapar. Nak pergi minum sekarang.

p/s : Aku taip sangat laju sebab aku tengah marah. Gggrrr!

p/s/s : Kalau aku rajin memang akan ada cerita Pemandu Teksi Kuala Lumpur part II.

Friday, April 22, 2011

Bila aku cuti...

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.


# Bila aku cuti, selalunya aku tak lekat dekat rumah. Kalau malas tahap gaban baru la duduk rumah je. Itu pon x keluar keluar dari bilik aku.

# Hari ini dah kira hari kedua aku cuti dalam minggu ini. Esok cuti lagi. Gaji tak dapat lagi. Kalau tak boleh beli barang baru.

# Sekejap lagi nak keluar dengan kawan masa sekolah dulu, Keira dan Nana. Hahaha gaya cakapa macma dah lama habis sekolah kan.

# Lama tak jumpa Nana. Dah besar agaknya budak bear tu. Hehe..Haa aku suka keluar dengan Keira. Nanti dapat polaroid. Lepas tu dia tak kesah sangat pasal duit. Kadang-kadang dia belanja aku. Kadang-kadang aku pulak belanja dia. Hehe :)

Ini polaroid yang aku dapat :) Thanx.

# Sekejap lagi Keira nak bagi birthday present. Dah lepas berapa bulan dah ni =.=

# Tadi pergi blog Balqis dengan Hani. Dua-dua pon comel :)

# Okay la. Nak mandi. Nanti lambat pulak. Aku bersiap dah la lama.

Thursday, April 21, 2011

Kalau malam Jumaat macam ni...

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.


# Sebenarnya tadi aku tiba-tiba teringat momen-momen masa dekat maktab dulu. Kalau malam jumaat macam ini, mesti ada bacaan yassin dekat surau.

# Mandi seawal pukul 6:15 pm. Awal la tu..kalau dekat rumah xde nya mandi awal macam tu. Harapan!

# Lepas mandi, pakai baju kurung, tudung semua. Aku kalau bersiap memang lama. Tanya la kawan-kawan aku especially Balqis dan Katt. Diorg memang masak dah dengan perangai aku yang satu ni.

# Kalau Dewan Selera masak sedap, siap cepat-cepat sebab nak pergi makan. Kalau tak, LDP jerit "clear block!" baru sibuk-sibuk nak siap.

# Pergi surau tak pakai stoking sebab tak wajib.

# Masa baca yassin, kalau tak kuat iman memang boleh tumbang. Err..i mean tertido lah. Aku selalu jugak kena celak setan ni. Tapi kalau nak elak ngantok aku baca kuat-kuat. Berkesan kot.

# Aku suka tido. Bukan suka sebenarnya tapi selalu. Orang tengah bagi tazkirah pon aku tido taw. Kalau tak tido between Maghrib dengan Isyaa' tu nanti waktu prep mesti aku ngantok. Mula la tak siap homework. Hahaha alasan!

# Cikgu kimia aku ada cakap, daripada kau bersembang time orang bagi tazkirah lebih baik kau tidur. At least kau tak kacau orang. Haa..xdela dosa. Kalau kau bersembang hal dunia dalam surau, berdosa taw.

kalau tak nak tido boleh tangkap gambar macam kitorg :)

# Nanti lepas habis solat Isyaa' semua budak perempuan mula duduk dekat port masing-masing, start make up. Ada yang make up macam opera cina padahal nak pergi prep je. hahaha hello! Apa la korang ni.

hello Katt :) Kawasan belakang ni port Form 5.

Mereka gila gambar :)

# Lepas tu mulut masing-masing potpet potpet tak reti senyap padahal still duduk dalam surau tu. Lepas tu macam-macam haruman yang dapat aku hidu. Ada yang pakai Adidas, ada Silkygirl, ada DKNY, ada Body Shop dan x kurang jugak minyak wangi cap ayam! kahkahkah...

# Kasut masing-masing xnak kalah kan. Ada yang liplap liplap macam lampu raya. hehe.. Aku pakai sandal simple, murah je. Haa..aku paling benci kalau ada kasut/sandal yang sama dengan orang lain. Selama aku sekolah, ada sekali jela sandal aku sama dengan orang lepas tu tertukar. Oh memang damn ah. Sebab tu aku tak suka sama barang dengan orang.

# Ok dah. Lepas tu pergi prep.

Ok Fifa rajin buat homework. Haha :)  
hello Noer :) Muka habis pailang la tu?

Lepas habis prep tangkap gambar lagi :) Muka semua macam ayu.

Ok dah tak ayu.


p/s: Suddenly i miss Nasi Goreng Ayam cafe :p Dah terbayang-bayang ni haa..

Tuesday, February 08, 2011

My Belated Birthday

senyum sambil buat permintaan dalam hati




tiup lilin sama-sama




potong kek itu!


Awww..awww..so sweet lorhh. Hari Ahad yang lalu, sebuah majlis kecil-kecilan telah diadakan di Muzium Negara bagi menyambut hari jadi aku dan Hadin yang ke lapan belas serta menyambut kepulangan boss kami, Mr. Yan yang baru pulang dari bercuti di Kemboja dan Laos.


Walaupun majlis ini bukan untuk aku seorang tapi aku tetap rasa terharau dan gembira bila mana ada orang yang sudi menyambut hari jadi aku. Dah lama aku tak sambut birthday dengan kek. Ya..dengan kek! Aku sememangnya mendambakan sambutan hari jadi yang ada kek, belon, kawan-kawan, game.. Alaa..yang macam budak-budak punya birthday party tu. Hehe :D


Tapi kan kalau boleh aku nak birthday aku disambut dekat taman. Taman dekat KLCC tu okay jugak. Lepas tu buat gaya ala-ala picnic. Bawa kek seketul. hehe..eh tapi siapa la yang nak buat macam tu untuk aku kan? Sebab tu la bila diorang buat macam ni, aku dah excited giler. 


Haaa..perasan tak kami sambut dalam ATM? hahaha..siapa yang teliti mesti perasan. Siapa yang tak perasan mesti tengah scroll up balik kan? Kitorang buat dalam tu sebab angin kuat sangat. Jadi untuk mengelakkan api dekat lilin tu padam, kami masuk la dalam ATM tu.


Thanx a lot to Dinesh & Bncik. Dinnesh yang pergi beli kek ni. Tapi dia datang lambat pulak. Bukan lambat sikit woaa.. Aku ada cakap aku nak Indulgence tapi tak sangka pulak dia beli indugence betul-betul. Everythings was fun. And sooooo sweet babeh.


I heart you, Segway team + Bancik. :D



Sunday, February 06, 2011

Bukan ke mana pon..

Aku ke negeri yang digelar 'Serambi Mekah' je. Bukan ke mana pon. Bukan ke Bali ye wahai Balqis. Bukan juga ke Pantai Dalam ye. Hahaha. Memang la aku kata aku nak pergi pantai. Pantai yang aku maksudkan tu ialah Pantai Timur. Malas arr aku nak cerita panjang. Tengok gambar jela ye. 

Gambar-gambar yang ini yang ada dalam camera aku. Yang cantik-cantik dekat camera abang aku. Yang itu nanti aku upload yeahh.


yang ini capture time breakfast.



kelihatan bapa saya gembira di situ menikmati hidangannya.



ada adegan peluk-peluk ye. haha..no la..ini sebab hari itu birthday emak saya.



"Ayah..Adam nak air susu tu."


Atikah memakai baju barunya.



"Okay tak gambar tadi abang?"



"Emmm..air teh pon kena ambik ni."



Roti telur menjadi pilihan.



Aku suka gambar ini. Terpancar kemesraan di antara mereka. LOL!