Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.
Dah lama juga la aku tak update blog kan? Semua disebabkan kekangan masa dan juga hal-hal lain yang menuntut penyelesaian. Tapi alhamdulillah hari ini dapat juga aku mengemas kini cerita cendawan ni kan. Hehehe :D
Beberapa bulan lepas, aku menerima keputusan SPM aku. Cukuplah aku katakan di sini yang keputusan aku dapat melayakkan aku mendapat beberapa tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat yang seterusnya. Antara tawaran yang aku peroleh:
1. Management & Science University (MSU)
-tawaran ini aku dapat pada pagi aku ingin mengambil result SPM aku.
2. UniKL
3. KLMU
4. Kolej Matrikulasi Melaka
5. Kolej PolyTech MARA
6. Diploma in Science di UiTM Kuala Pilah
7. MBBS di Universiti Al-Azhar, Mesir.
-actually nama dia bukan MBBS taw tapi aku tak ingat nama dia apa.tempat lain orang panggil MBBS la.
Jadi itu sahaja la tawaran yang aku dapat. Alhamdulillah jugak la. Ada la offer daripada langsung tak ada kan. Aku mengambil beberapa hari itu memilih institusi pendidikan yang terbaik untuk aku. Doa memohon petunjuk daripada Allah aku perbanyakkan.
Akhirnya aku memilih Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Aku kini sedang menuntut di sini selama setahun dalam jurusan sains dan mengambil Modul III yang mengandungi subjek Biology, Chemistry, Mathematics dan Science Computer sebagai subjek teras. Ada 4 lagi subjek wajib yang perlu dipelajari iaitu English, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Dinamika (softskill) dan juga Kokurikulum.
Perancangan aku ialah ingin menamatkan Program Matrikulasi ini dalam masa satu tahun seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di peringkat ijazah. Kalau boleh nak jadi O&G specialist. Doakan aku berjaya ye :)
No comments:
Post a Comment