Monday, December 27, 2010

Lets Workout babeh!

Bersukan bersenam
Berekreasi bersama keluarga
Membudayakan sukan
Jadikanlah amalan
Malaysia cergas..Yeahh!


Salam 1Malaysia! Siapa tahu lagu di atas? hahahaha.. aku kalau buat karangan BM mesti masukkan lagu taw. Lagu yang dekat atas ni sesuai untuk tajuk yang sukan-sukan lah. hehehe.. Sampaikan aku ajar lagu-lagu ni dekat kawan-kawan aku so that diorang boleh guna dalam karangan diorang.

Okay macam ni sebenarnya. Mulai semalam aku dah start workout dengan family aku. Mungkin ada orang baca entry ni then dalam hati berbisik "ek eleyh..start workout pon nak kecoh"  Biar la kan. Aku cuma excited nak cerita sebab tiba-tiba semalam ayah aku cakap " Jom jogging petang ni" bila tiba-tiba dia masuk bilik aku. Aku tanpa berfikir panjang setuju la. Almaklumlah dah lama tak exercise since sibuk dengan SPM dulu tu.

So semalam aku, ayah aku dan adik-adik lelaki aku (macam la aku ada adik perempuan) pergi ke Lake Garden Kuala Lumpur. Trek untuk jogging dia memang besar. Kitorang berjaya taw habiskan. Nak buat banyak round lagi taw sebenarnya tapi hari dah makin lewat petang. Tambahan pula, kitorang nak pergi ambil kakak kitorang yang kerja part-time tak jauh dari situ.


Selepas habis jogging :)


Kolam ikan yang terdapat di Lake Garden. Ikan dalam ni sangat banyak dan besar-besar.


"Cuba tengok tu. Ada alien baca buku," tu la yang ayah kata bila nampak binatang ni.
memang macam alien pon. :p

Ini la tempat kerja kakak aku. lepas ni tempat aku kerja pulak. Kalau sesiapa yang tak pernah kenal tempat ni..ini la Muzium Negara!

Tidak cukup dengan jogging di Lake Garden, balik je rumah aku exercise lagi guna dumbbell abang aku. Perghh..10 kg bhai. Ada bran?  Tapi abang aku tak bagi angkat berat sangat time awal-awal guna. So 5kg je. Itu pun naik lenguh tangan taw.hehe.. Dumbbell! (ayat Cikgu Zaid)

Hari ini ayah ajak pergi jogging lagi tapi time tu aku tengah syok layan game. So nak berhenti pon payah kan. Last last aku suruh ayah pergi je. Ayah nampak tidak berputus asa. Dia ajak lagi dengan alasan "Alaa..nanti siapa nak ajar ayah buat camni camni ni?" (sambil buat aksi-aksi stretching) hahaha..ayah aku ni. Ada je.. Tapi maaf la bapak. Anak bapak ni tak nak pergi la. So ayah pergi la dengan adik-adik lelaki aku je.

Lain pula cerita di rumah. Lepas ayah pergi, aku turun ke tingkat bawah. Nampak Puan Siti tengah selak-selak magazine. Aku baru je nak masuk dapur (nak ambik chocolate :D ) bila mak aku kata " Jom main badminton". Hermm..aku okay je. Terus aku ambil racket dan shutle cork.

Maka bermainlah aku dan mak aku badminton. Sambil tunggu mak aku keluar, aku pon stretching2 segala. Taw tak..dah la aku pakai seluar jean dengan tshirt. Kasut sukan jangan harap la nak pakai kan kalau main dekat garden tepi rumah. Selipar kesayangan aku la yang aku sarung.

Perghh..mak aku main boleh tahan woaa..xtaw mana dia belajar. haha..awal-awal aku banyak kalah. Dah agak-agak lama main aku pulak belasah mak. Hehe..bagi chance la awal-awal tu. Tapi tak dinafikan mak aku memang teror main badminton. Agak-agak 25 minit kitorang main, kitorang pon stop sebab hujan. Dan aku menulis cerita ni dalam kepenatan selepas exercise tadi.hehe..

Akhirulkalam..(perkataan bombastik dalam karangan) marilah sama-sama kita bersukan. Majulah sukan untuk negara!

Monday, December 20, 2010

Say hello to Poney :D



Okay cepat say hello to Poney! Cepat la darling. 

> hello Poney :)

Haa..bagus bagus. hehe.. 

> Kenapa nak hello hello dekat brand Poney ni? Bukannya kau pakai pun.

Memang lah aku tak pakai brand Poney. Tak kan lah dah besar besar nak pakai Poney lagi kot. 
Bagi Adam adik aku tu boleh la.

>Then..kenapa dan mengapa? Apakah kaitan brand anak kuda ni dengan kau?

Haha..aku merupakan model  salesgirl baru untuk Poney.

>Ek elehh..ingatkan pahal la tadi. Kau kerja dekat butik Poney yang mana?

Dekat Poney KLCC.

>Hahahaha..pahal dekat situ?

Pahal? Tak boleh ke?

>Eh boleh sangat..hahaha. Nanti aku pergi TGV aku ziarah la kau ye. Boleh tak beb?

Arghh..boleh blah.

>Hahaha..okay :)


Jom ramai ramai ke Poney.beli baju untuk adik kecik atau anak kecik anda. tengah ada sale ni :p    

Bila cinta kini tak lagi bermakna...





Okay currently tengah dengar lagu Bila Cinta and Need You Now. Ni semua sebab 'kawan' aku yang seorang ni. Tadi petang dah elok-elok jumpa tiba-tiba malam ni dia kata macam ni "Esok or lusa i balik taiping. No point la i stay kl" and aku macam "Hah?!!!" dengan muka yang sangat terkejut. Eh eh pahal tiba-tiba begini jadinya?Kan ke kita baru jumpa tadi.

Okay rupanya dia sangat kecik hati bila aku kata yang aku dah x free dah lepas ni. Ouhh..di situ rupanya punca kepada permasalahan ni. So aku pun mula menjalankan kerja-kerja memujuk 'kawan' aku ni. Haihh..dasar anak bongsu! Sensitif terlebih. Sebenarnya aku bukan teror pun nak pujuk orang. Selalu tu hati sendiri pun tak terpujuk. Macam sekarang ni, bila-bila masa je air mata ni boleh tumpah. Mengalir lesu ke muka aku yang juga lesu.

Aku penat. Hampir setiap hari aku yang dipersalahkan. Aku pun tak faham. Macam aku seorang je yang buat salah. Oh akhirnya tumpah juga ye kau wahai si air mata. Mengapa kau degil? Kan aku suruh kau bertahan tadi. Hisyhh.. I am burst into tears :'( Wahh..so many tears dah ni. Yang peliknya bila my mom masuk, mesti air mata tu dah stop mengalir and bila my mom keluar dia boleh pulak turun laju-laju balik. Haihh..bijak kau ye air mata.


Aku bercerita dekat diari maya aku ni sebab aku tak tahu nak merintih dekat siapa. Tak dinafikan rasa gembira dan seronok bila diri disayangi, dihargai, dikasihi dan dirindui. Tapi masih tetap ada rasa sakit dan perit. Tu laa..yang hang gatai melibatkan diri dalam arena ni kenapa?


Aku berharap aku dapat bertahan hingga selamanya. Insyaallah.. ya allah.bantulah hambamu ini. 

Wednesday, December 15, 2010

Cari kerja bukan mudah

Salam

Fuhhh..penat! Perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan aku sekarang. Merata-rata aku cari kerja. Daripada farmasi, kedai makan, kedai baju, kedai buku hingga ke kedai kasut. Semua aku cuba. Allhamdulillah tadi dah satu call. Dari kedai kasut XES. Tapi aku bagi kerja itu dekat kawan aku. Lagipun kedai itu nak pakai orang jumaat ini. Awal sangat tu. Aku pun baru nak pergi belajar memandu esok. Makanya aku bagi la dekat kawan aku. Takpe lah..insyaallah ada kerja lain yang akan aku dpat kelak. Doakan la ye.


bantai A&W lepas cari kerja


ni kamera zianna sebab warna pink. kamera gua merah okay.


apabila camwhore bertemu camwhore. hahaha :D