Monday, December 27, 2010

Lets Workout babeh!

Bersukan bersenam
Berekreasi bersama keluarga
Membudayakan sukan
Jadikanlah amalan
Malaysia cergas..Yeahh!


Salam 1Malaysia! Siapa tahu lagu di atas? hahahaha.. aku kalau buat karangan BM mesti masukkan lagu taw. Lagu yang dekat atas ni sesuai untuk tajuk yang sukan-sukan lah. hehehe.. Sampaikan aku ajar lagu-lagu ni dekat kawan-kawan aku so that diorang boleh guna dalam karangan diorang.

Okay macam ni sebenarnya. Mulai semalam aku dah start workout dengan family aku. Mungkin ada orang baca entry ni then dalam hati berbisik "ek eleyh..start workout pon nak kecoh"  Biar la kan. Aku cuma excited nak cerita sebab tiba-tiba semalam ayah aku cakap " Jom jogging petang ni" bila tiba-tiba dia masuk bilik aku. Aku tanpa berfikir panjang setuju la. Almaklumlah dah lama tak exercise since sibuk dengan SPM dulu tu.

So semalam aku, ayah aku dan adik-adik lelaki aku (macam la aku ada adik perempuan) pergi ke Lake Garden Kuala Lumpur. Trek untuk jogging dia memang besar. Kitorang berjaya taw habiskan. Nak buat banyak round lagi taw sebenarnya tapi hari dah makin lewat petang. Tambahan pula, kitorang nak pergi ambil kakak kitorang yang kerja part-time tak jauh dari situ.


Selepas habis jogging :)


Kolam ikan yang terdapat di Lake Garden. Ikan dalam ni sangat banyak dan besar-besar.


"Cuba tengok tu. Ada alien baca buku," tu la yang ayah kata bila nampak binatang ni.
memang macam alien pon. :p

Ini la tempat kerja kakak aku. lepas ni tempat aku kerja pulak. Kalau sesiapa yang tak pernah kenal tempat ni..ini la Muzium Negara!

Tidak cukup dengan jogging di Lake Garden, balik je rumah aku exercise lagi guna dumbbell abang aku. Perghh..10 kg bhai. Ada bran?  Tapi abang aku tak bagi angkat berat sangat time awal-awal guna. So 5kg je. Itu pun naik lenguh tangan taw.hehe.. Dumbbell! (ayat Cikgu Zaid)

Hari ini ayah ajak pergi jogging lagi tapi time tu aku tengah syok layan game. So nak berhenti pon payah kan. Last last aku suruh ayah pergi je. Ayah nampak tidak berputus asa. Dia ajak lagi dengan alasan "Alaa..nanti siapa nak ajar ayah buat camni camni ni?" (sambil buat aksi-aksi stretching) hahaha..ayah aku ni. Ada je.. Tapi maaf la bapak. Anak bapak ni tak nak pergi la. So ayah pergi la dengan adik-adik lelaki aku je.

Lain pula cerita di rumah. Lepas ayah pergi, aku turun ke tingkat bawah. Nampak Puan Siti tengah selak-selak magazine. Aku baru je nak masuk dapur (nak ambik chocolate :D ) bila mak aku kata " Jom main badminton". Hermm..aku okay je. Terus aku ambil racket dan shutle cork.

Maka bermainlah aku dan mak aku badminton. Sambil tunggu mak aku keluar, aku pon stretching2 segala. Taw tak..dah la aku pakai seluar jean dengan tshirt. Kasut sukan jangan harap la nak pakai kan kalau main dekat garden tepi rumah. Selipar kesayangan aku la yang aku sarung.

Perghh..mak aku main boleh tahan woaa..xtaw mana dia belajar. haha..awal-awal aku banyak kalah. Dah agak-agak lama main aku pulak belasah mak. Hehe..bagi chance la awal-awal tu. Tapi tak dinafikan mak aku memang teror main badminton. Agak-agak 25 minit kitorang main, kitorang pon stop sebab hujan. Dan aku menulis cerita ni dalam kepenatan selepas exercise tadi.hehe..

Akhirulkalam..(perkataan bombastik dalam karangan) marilah sama-sama kita bersukan. Majulah sukan untuk negara!

Monday, December 20, 2010

Say hello to Poney :D



Okay cepat say hello to Poney! Cepat la darling. 

> hello Poney :)

Haa..bagus bagus. hehe.. 

> Kenapa nak hello hello dekat brand Poney ni? Bukannya kau pakai pun.

Memang lah aku tak pakai brand Poney. Tak kan lah dah besar besar nak pakai Poney lagi kot. 
Bagi Adam adik aku tu boleh la.

>Then..kenapa dan mengapa? Apakah kaitan brand anak kuda ni dengan kau?

Haha..aku merupakan model  salesgirl baru untuk Poney.

>Ek elehh..ingatkan pahal la tadi. Kau kerja dekat butik Poney yang mana?

Dekat Poney KLCC.

>Hahahaha..pahal dekat situ?

Pahal? Tak boleh ke?

>Eh boleh sangat..hahaha. Nanti aku pergi TGV aku ziarah la kau ye. Boleh tak beb?

Arghh..boleh blah.

>Hahaha..okay :)


Jom ramai ramai ke Poney.beli baju untuk adik kecik atau anak kecik anda. tengah ada sale ni :p    

Bila cinta kini tak lagi bermakna...





Okay currently tengah dengar lagu Bila Cinta and Need You Now. Ni semua sebab 'kawan' aku yang seorang ni. Tadi petang dah elok-elok jumpa tiba-tiba malam ni dia kata macam ni "Esok or lusa i balik taiping. No point la i stay kl" and aku macam "Hah?!!!" dengan muka yang sangat terkejut. Eh eh pahal tiba-tiba begini jadinya?Kan ke kita baru jumpa tadi.

Okay rupanya dia sangat kecik hati bila aku kata yang aku dah x free dah lepas ni. Ouhh..di situ rupanya punca kepada permasalahan ni. So aku pun mula menjalankan kerja-kerja memujuk 'kawan' aku ni. Haihh..dasar anak bongsu! Sensitif terlebih. Sebenarnya aku bukan teror pun nak pujuk orang. Selalu tu hati sendiri pun tak terpujuk. Macam sekarang ni, bila-bila masa je air mata ni boleh tumpah. Mengalir lesu ke muka aku yang juga lesu.

Aku penat. Hampir setiap hari aku yang dipersalahkan. Aku pun tak faham. Macam aku seorang je yang buat salah. Oh akhirnya tumpah juga ye kau wahai si air mata. Mengapa kau degil? Kan aku suruh kau bertahan tadi. Hisyhh.. I am burst into tears :'( Wahh..so many tears dah ni. Yang peliknya bila my mom masuk, mesti air mata tu dah stop mengalir and bila my mom keluar dia boleh pulak turun laju-laju balik. Haihh..bijak kau ye air mata.


Aku bercerita dekat diari maya aku ni sebab aku tak tahu nak merintih dekat siapa. Tak dinafikan rasa gembira dan seronok bila diri disayangi, dihargai, dikasihi dan dirindui. Tapi masih tetap ada rasa sakit dan perit. Tu laa..yang hang gatai melibatkan diri dalam arena ni kenapa?


Aku berharap aku dapat bertahan hingga selamanya. Insyaallah.. ya allah.bantulah hambamu ini. 

Wednesday, December 15, 2010

Cari kerja bukan mudah

Salam

Fuhhh..penat! Perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan aku sekarang. Merata-rata aku cari kerja. Daripada farmasi, kedai makan, kedai baju, kedai buku hingga ke kedai kasut. Semua aku cuba. Allhamdulillah tadi dah satu call. Dari kedai kasut XES. Tapi aku bagi kerja itu dekat kawan aku. Lagipun kedai itu nak pakai orang jumaat ini. Awal sangat tu. Aku pun baru nak pergi belajar memandu esok. Makanya aku bagi la dekat kawan aku. Takpe lah..insyaallah ada kerja lain yang akan aku dpat kelak. Doakan la ye.


bantai A&W lepas cari kerja


ni kamera zianna sebab warna pink. kamera gua merah okay.


apabila camwhore bertemu camwhore. hahaha :D

Friday, November 05, 2010

I'm a transformer!

mari kita lihat siapa yang di-transform.



yeahh..it's KATT!
ini gambar sebelum diubah.hehe..




Katt tak pernah pakai macam ni kot..



-------------------------------------------------------------------------------------------
malam annual dinner..




Katt & Amyirull

eceyhh...romantik la konon tu.mentang-mentang la korang satu maktab ye.xpe2..cuba kalau fadhli ada.hahaha..
  
:)

short holiday

salam..


Sebenarnya masa aku balik 3 minggu lepas, aku dah plan nak menulis dalam blog ni.tapi tak berkesempatan pulak. Alaa..nak cerita pasal KATT datang kl je. Dia ikut balik rumah aku masa tu. Kami pergi cari dress untuk dinner. Aku ditugaskan untuk menjadi transformer untuk Katt. hehe.. Jom tengok gambar-gambar. By the way, Farah pun ada ikut sekali tapi dia join masa di Times Square.


fifa :)


Katt ni sibuk texting.

senget :)






Kolam kat Times Square. Farah tanya "kolam tu apa?" haha.. ni la kolam.



Farah beli dress tu.


:)



meet Katt and Farah

Wednesday, October 13, 2010

post trial..pray for me!

salam..skrg masih di maktab.ada post trial.lps habis jawab 5 lagi papers,ktorg boley blk.yeayy..:-) katt ikut aku blk kali ni.dia nk beli dress utk annual dinner form 5..hehe..ok la.blk rmh nnt aku jenguk kau lg ye,wahai ceritacendawanku :-)

Wednesday, September 15, 2010

beso gedabak!

salam..

malam tadi aku baru sampai rumah pukul 1.00 pagi. itu pun abang dah pecut habis dah. selamat malam2 xde polis kan.tapi aku tidur pukul 3 lebih. lepas mandi2 semua aku baca cerpen. itu yang lambat  tidur tu. akibatnye pagi tadi pukul 11 baru aku bangun. hehe.. (failed la kalau nak jadi menantu uncle adnan mcm ni) :)

okay..pada entry yg lepas aku ada cerita pasal aku beli perfume kat kedai adidas kan? alaa..yg dapat beg beso gedabak tu! lepas tu haniyahaya ada mintak nak tengok beg tu.so di sini aku upload kan untuk tatapanmu,wahai hani. hehe :)



haa..beso gedabak kan?





haha..memang sangat x sesuai saiz beg tu dengan saiz perfume tu.xpela..orang memberi kita menerima.haha..apa2 jela.i got to go. bye!




salam sayang,
fifa la viva

Sunday, September 12, 2010

Canon PowerShot A3100 IS kini di tangan!! :)

Salam..

Hari ni dah masuk raya ketiga.Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur.Bangun pagi tadi terus turun, masuk dapur masak roti canai. alaa..yang frozen je pun. Tengah aku asyik makan roti canai cicah kari ikan sambil tengok tv ada drama raya tiba2 ada org datang. Alaa..potong stim betul. aku dah la pakai seluar tidur lagi ni.(kantoi la x mandi kan..) haha..cepat2 masuk dapur,basuh pinggan semua. ingatkan sempat la nak lari naik atas kan.skali die dah masuk pulak daa.. haihh.. terperuk aku kat dapur.

Untuk tidak membuang masa, aku pun basuh la baju. lama pulak tu orang tu bertandang di rumah kami. Aku x keluar ke depan bukan apa..sebab nye aku x mandi lagi haa..kantoi la kan kalau aku keluar. last2 time nak balik tiba2 dia masuk dapur konon nak tengok dapur rumah kitorg. alahaii..kantoi jgak akhirnye..



Naik je bilik aku terus on lappy aku ni then buka website Canon dan Sony. haa..taw x kenapa? sebabnye aku nak cari beli digital camera. so kena la survey dulu camera yg masuk dgn bajet aku. Aku sangat dilemma untuk pilih antara dua camera ni.harga,specification dia lebih kurang je.









Wahh..dua2 menawan hatiku. So aku pun cepat2 siap then gerak pergi KLCC yg menepatkan Canon Lifestyle Concept Store & Sony Style yg menawarkan apa yang aku hajati ni. Duit dah tersedia,jadi apa lagi? Jom dapatkan!

First aku & Ijam masuk Canon dulu. Jumpa apa yang aku cari! Tanya apa yang perlu dekat abang salesman tu lepas tu gerak ke Sony Style pulak. Jumpa lagi apa yang aku nak! Haihh..aku mula konpius.."nak beli yang mana? nak beli yang mana ea? yang mana satu ye?" aku bermonolog sendirian.

Akhirnya, setelah mengambil kira semua faktor, aku mengambil keputusan untuk mebeli Canon PowerShot A3100 IS!!

Setelah selasai urusan jual beli, kami bergerak ke butik Adidas untuk mendapatkan perfume aku. ada satu cerita masa dalam kedai ni. masa bayar tu, abang cashier tu masuk kan perfume aku dalam paper bag yg sangat besar. sangat x sesuai untuk botol perfume yang x seberapa besarnya. hahaha..xpe la.besar pun besar la. time aku jalan sambil pegang paper bag adidas tu mesti orang ingat aku beli kasut ke, bag ke, x pun baju.

Lepas tu aku berbelanja dekat Guardian pulak.beli keperluan diri.aku beli 3 barang je.tapi mak datok! panjang nye barisan untuk bayar. xpe..sabar2..lepas dah habis membelanjakan beratus-ratus RM dekat KLCC tu,kami pun bergerak pulang. kalau ikut kan hati ada lagi yang nak dibeli tu.haha..tapi xpela.penat pulak Ijam kang kena ikut aku tawaf2 dekat KLCC tu.

So,sekarang ni aku tengah bergembira dengan cam baru aku ni.tapi baterry dia tengah dicharge.and sekarang kami tengah kemas2 nak balik kampung mak.okay tata..nak masuk kampung dah lepas ni. :)


time tunggu tren



maka dengan ini, aku telah menepati salah satu ciri2 seorang blogger! haha..nak jadi blogger kena ada camera so that boleh rakam peristiwa2 penting. x gitu YB?!

Saturday, September 11, 2010

Di Saat

  • Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
  • Disaat kamu mulai tidak mencintainya...ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
  • Disaat kamu mulai bosan dengannya...ingatlah selalu saat terindah bersamanya
  • Disaat kamu ingin menduakannya...bayangkan jika dia selalu setia
  • Saat kamu ingin membohonginya...ingatlah disaat dia jujur padamu
  • Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
  • Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
  • Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu 


  • Yang indah hanya sementara
  • Yang abadi adalah kenangan
  • Yang ikhlas hanya dari hati
  • Yang tulus hanya dari sanubari 

  • Tidak mudah mencari yang hilang
  • Tidak mudah mengejar impian
  • Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
  • Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga 

  • Ingatlah pada pepatah, 
  • "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
  • Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
  • Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
  • Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
  • Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
  • Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
  • Apalagi yang mau diperebutkan
  • Apalagi yang mau disombongkan 

  • Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
  • Jangan terlalu perhitungan
  • Jangan hanya mau menang sendiri
  • Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita 

  • Belajarlah tiada hari tanpa kasih
  • Selalu berlapang dada dan mengalah
  • Hidup ceria, bebas leluasa
  • Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
  • Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
  • Tak ada dendam yang tak bisa terhapus. 

Sunday, July 11, 2010

shorty morty

"there is no secret to success.all that you have to do is FOCUS!"

ahaa..that was one of malaysian top student's word when reporter ask her about her secret to success.so starting from now, i want to give more attention in class.insyaallah..35 days to go for spm trial.i want to pass with flying colours for this time.pray for me ;-)

 for display only

p/s: shorty morty is actually refer to my entry for this time.not refer to me okay! (even i'm not too tall..haha)